Wednesday 29 June 2016

Info Alat Sulit Lelaki

Organ reporduktif lelaki atau Zakar adalah ibarat ‘nyawa’ bagi seseorang lelaki untuk meneruskan kehidupan normal dan bahagia.
Biarpun begitu, tidak ramai yang prihatin dan sentiasa teruja untuk memastikan ‘zakar’ mereka sentiasa berada dalam keadaan sihat dan selamat serta bebas dari ancaman kanser.
Lelaki sering berfikiran negatif dan enggan memandang berat tentang masalah organ reproduktif atau zakar hanya kerana rasa malu, tercabar dan bimbang bila mendapati nilai kelelakian meretak bermasalah.
Apatah lagi apabila masalah yang dialami turut diketahui teman-teman, saudara mara mahupun pasangan, sudah tentu ianya akan menjadikan kehidupan seseorang lelaki satu ‘trauma; yang amat menakutkan. Justeru bagi anda yang ingin memastikan kesihatan dan keselamatan alat reproduktif anda sentiasa sihat dan selamat daripada ancaman kanser.
Anda boleh mengujinya sendiri di rumah dengan kaedah dan teknik yang betul dan terbukti berkesan menerusi kaedah permeriksaan sendiri testis atau pst. Bagaimanakah cara menyelamatkkan ia ?
............................................................
Apakah tujuan zakar perlu diurut ?
Tujuannya ialah untuk membesarkan tisu-tisu penegang dan melancarkan perjalanan darah
Tuam panas – Menyegarkan zakar dan memastikan semua salur darah yang halus di dalam zakar berfungsi dan dapat di isi dengan darah ketika menegang dengan sempurna bagi menentukan penegangan yang optimum.
Urutan – amalan teknik mengurut yang betul mempercepatkan proses pemanjangan zakar serta meregangkan kulit-kulit luar zakar.
Otot kemutan – Melatih otot kemutan ke arah mengawal pancutan mani dan juga menjadikan pancutan mani seperti satu tembakan (tidak meleleh). Pancutan mani yang kuat di dalam faraj adalah satu nikmat yang tidak terhingga kepada pasangan anda.


Kebaikan-kebaikan yang akan diperolehi dari amalan yang dilakukan di atas adalah seperti berikut :

Membuat zakar sentiasa segar dan bermaya. Mencegah dari berlakunya mati pucuk kerana mengurut dapat membantu melancarkan perjalanan darah pada zakar
Pembentukkan zakar yang menarik – zakar yang bengkok dapat dibetulkan, saiz zakar yang besar lebih menarik, menambahkan nikmat kepada pasangan anda. Anda boleh melakukan sendiri di rumah atau di mana sahaja tempat yang sesuai .
Hasil dari amalan ini anda dapat perturunkan kepada generasi bawahan anda seperti anak ,cucu anda. Menambahkan dan mengeratkan kasih sayang suami isteri. Kepuasan yang diberikan oleh suami adalah sesuatu yang tak ternilai oleh isteri. Wang ringgit tidak dapat membeli kepuasan batin dan isteri anda akan sentiasa berbangga , kerana ia tahu, tiap kali bersama ia akan mencapai kepuasan yang sepenuhnya.
Semua Masalah Seksual Lelaki boleh di rawat mengikut Kaedah yang betul, antaranya ialah:-
Lemah Tenaga Batin


Lemah Tenaga Batin ini boleh di atasi dengan amalan teknik mengurut yang betul. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit fizikal atau mental. Mengamalkan ubat-ubat terlampau lama boleh menyebabkan penyakit Lemah Tenaga Batin

Zakar Tidak Tegang
Mungkin disebabkan otot-otot zakar telah mengecut atau lemah. Urut untuk menguatkan otot-otot supaya kembali normal
Kepada para isteri atau yang bakal menjadi isteri, anda perlu mempelajari teknik-teknik urutan zakar yang betul agar dapat membantu suami anda jika menghadapi masalah ini nanti di mana mereka memerlukan bantuan anda dari segi sokongan moral dan praktikal dalam menanganinya. Selain itu, anda juga dapat membantu anak dan cucu anda dalam permasalahan ini di suatu hari nanti
.....................................................

Tidak menjaga kesihatan undang masalah mati pucuk

Posted on 1 November 2012by 
Tidak kira di negara manapun, wanita memberi lebih keutamaan kepada kesihatan suami dan anak. Meskipun diberi lebih perhatian, lelaki meletakkan kesihatan diri di tempat terakhir.
Ramai menganggap, selagi boleh berfungsi dan ada sifat kelelakian, lelaki berasakan mereka cukup sihat hinggalah dibuktikan sebaliknya.
Kenapa lelaki boleh mati cepat? Lelaki sebenarnya cukup liat berjumpa doktor dan biasanya apabila penyakit dikesan, keadaan mereka serius.
Malah, jika anda perhatikan peserta seminar atau forum kesihatan (percuma atau berbayar) kebanyakannya adalah wanita
Berasa sihat tidak bermakna anda benar-benar sihat. Bagi lelaki, enam jenis penyakit menanti sebaik anda melangkah umur 40 tahun jika anda masih meneruskan gaya hidup dan tabiat pemakanan kurang sihat. Enam penyakit ini adalah penyakit lazim dan boleh dielak.
1) Penyakit kardiovaskular — Penyakit jantung adalah pembunuh utama di dunia. Risiko lelaki mendapat penyakit jantung lebih tinggi berbanding wanita. Bagi wanita, risiko ini sama dengan lelaki selepas mereka menopaus.
Penyakit jantung disebabkan pengumpulan plak dalam salur darah dan proses ini berlaku sejak kita kecil. Ini sebabnya ada pakar menyarankan kita menjalani pemeriksaan kolesterol seawal umur 25 tahun bagi setiap lima tahun.
Kekerapan pemeriksaan ini bertambah apabila usia meningkat. Lelaki pada umumnya perlu berusaha lebih keras untuk mencegah penyakit jantung dan strok.
Jika paras kolesterol anda tinggi, anda perlu bersenam 30 minit sehari sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bagaimanapun, saranan terbaru ialah bersenam sekurang-kurangnya lima hari seminggu. Jika merokok, anda mesti berhenti bagi memudahkan kawalan kolesterol dan mengurangkan risiko serangan jantung.
2) Kanser paru-paru — Penyakit ini disumbangkan khusus (90 peratus) oleh asap rokok. Jika anda merokok, segera berhenti. Jika sukar melakukannya sendiri, dapatkan bantuan doktor dari mana-mana klinik berhenti merokok.
Kanser paru-paru merebak cepat dan keadaan biasanya serius sebelum menunjukkan gejala. Sedihnya, sehingga kini peratus kejayaan rawatan yang ada kini masih rendah.
3) Kanser prostat — Ini penyakit khas untuk lelaki, terutama selepas berusia 50 tahun. Prostat adalah kelenjar berbentuk kacang walnut yang terletak di belakang zakar, ia berfungsi menghasilkan cecair untuk ejakulasi.
Kanser prostat sangat lazim di kalangan lelaki. Bagaimanapun, berita baiknya, ia jarang menyebabkan kematian kerana kanser ini tumbuh dengan perlahan dan bersifat benigna (tidak merebak).
4) Kemurungan dan bunuh diri — Meskipun tiada data khas jumlah lelaki murung di negara kita, semakin ramai mengalami masalah ini. Malah sama seperti wanita, lelaki yang dilanda kemurungan ada kecenderungan atau setidak-tidaknya pernah terfikir untuk membunuh diri.
Fitrah lelaki yang lebih suka menyimpan masalah turut menyumbang kepada perkara ini. Apabila tertekan, lelaki tidak menangis atau sedih, sebaliknya menjadi pemarah atau bertindak agresif. Kajian mendapati walaupun lebih ramai wanita cuba membunuh diri, lelaki murung berjaya melaksanakan misi ini.
Jadi jika anda berasa murung, jangan pendam. Meluahkan masalah dan tekanan bukan menunjukkan anda lemah, sebaliknya ia tanda anda masih boleh berfikir secara rasional dan sayangkan keluarga.
5) Kencing manis — Ini antara ancaman besar di negara kita kerana semakin ramai golongan muda menghidap kencing manis. Gula berlebihan dalam badan ibarat racun kerana ia merosakkan salur darah dan saraf, terutama pada kaki.
Kencing manis juga boleh menjadi perangsang kepada pelbagai penyakit kronik lain seperti serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang, kebutaan dan pemotongan kaki (yang diakibatkan gangren iaitu kematian sel kerana tidak menerima bekalan oksigen dan nutrien).
6) Mati pucuk — Pakar urologi berkata, mati pucuk atau erektil disfungsi (ED) boleh dijadikan petunjuk utama kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti kencing manis, kemurungan dan sakit jantung.
Mengalami ED bermakna aliran darah di seluruh badan kurang lancar dan kini ia dianggap petanda awal untuk sakit jantung.
Dua pertiga daripada lelaki berumur 70 tahun ke atas ada masalah ini dan hampir 40 peratus lelaki dalam lingkungan usia 40 tahun mengalami ED.
Lelaki yang ada masalah ED bukan saja kurang minat terhadap seks, malah kebanyakannya dilanda kemurungan sehingga menjejaskan kualiti hidup.
....................................................................


Tahukah anda tabiat merokok melemahkan ketegangan zakar anda ?


Tabiat merokok boleh menyebabkan lelaki mati pucuk, kerana ia menjejaskan saluran darah, kata penyelidik dari Finland dalam satu laporan.
Seorang daripada penyelidik di Kolej Kesihatan Umum Universiti Tampere, Dr Rahman Shiri berkata bagi bekas perokok, masalah mati pucuk boleh menjadi isyarat awal kepada penyakit saluran darah.
“Tabiat merokok kerap dikaitkan dengan mati pucuk dan penghisap menghadapi risiko 50 peratus lebih besar bagi kegagalan fungsi ereksi, berbanding mereka yang tidak merokok,” kata laporan yang disiarkan jurnal ‘Urology’.
Bagaimanapun katanya, mekanisme mengenai bagaimana tabiat merokok menyumbang kepada masalah mati pucuk belum dapat dijelaskan sepenuhnya.
“Ia mungkin melemahkan pengaliran darah ke zakar, mengganggu fungsi nitrik oksida yang penting untuk rangsangan atau menyebabkan saluran darah ke jantung menjadi tegang, antara punca yang diketahui sebagai penyebab mati pucuk,” katanya.
Untuk mengenal pasti perkara itu, penyelidik menjalankan kajian terhadap 1,368 lelaki berusia antara 50, 60 dan 70 tahun yang melengkapkan tiga soal selidik setiap lima tahun dari 1994 hingga 2004.
Hasil kajian mendapati lelaki yang menghisap rokok pada 1994 dan menghadapi penyakit pembuluh darah selepas itu mempunyai risiko tiga kali ganda untuk mati pucuk berbanding lelaki yang tidak merokok.
Bagaimanapun penghisap rokok yang tidak menghidap penyakit pembuluh darah tidak menghadapi risiko besar kegagalan ereksi.
Lelaki yang melaporkan mereka mengalami mati pucuk pada 1994 dan juga bekas perokok, menghadapi risiko 50 peratus untuk menghidap penyakit pembuluh darah berbanding mereka tidak merokok dan tidak mati pucuk pada permulaan kajian.
“Kajian mendapati tabiat merokok boleh menyebabkan mati pucuk yang berpunca daripada penyakit pembuluh darah. Mati pucuk juga boleh dianggap sebagai tanda awal penyakit pembuluh darah,” lapor pengkaji itu. – Reuters
Rokok Mengakibatkan Mati Pucuk
* Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
* Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
* Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat.
* Kualiti sperma anda akan terganggu.
* Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

Hubungan Seks Anda Akan Terganggu


* Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
* Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
* Selamatkan diri anda dari mati pucuk
* Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
* Bertindak bijak, jangan merokok.

Fikirkanlah Tentang Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumahtangga.
..............................................................................................

No comments:

Post a Comment